kataini:kataku

Pelbagai bunyi kita boleh bina
Pelbagai kata-kata boleh direka menggunakannya
Pelbagai nukilan boleh diterjemahkan dengan seribu bahasa

Kisah EC

Malam semalam aku mimpikan kau.
Berpeluh - peluh badan ku tatkala terjaga pada pukul 6.
Aku resah sehingga sekarang. Entah mengapa.
Entah mengapa aku masih memperdulikan kau sehingga hari ini.

Kisah EB

Dalam belajar ada nasib, Dalam bekerja ada rezeki.

Kisah EA

aku umpama pungguk rindukan bulan.
di manakah di kau tatkala aku memerlukan?

bau mu masih melekat di tangan.
ku elakkan tangan ku masuk ke dalam basuhan.

Kisah DZ

Azza Nur Azwina

Dia tuan puteri baru dalam hidup saya :)

Kisah DY

Puteri ku sedang beradu, kepada siapakah patik mahu mengadu?

Kisah DX

Ayat di dalam kotak - Jika kau mahukan seseorang, kau pasti akan lakukan apa sahaja sehingga kau dapat dia.

Ayat di luar kotak - Jika seseorang yang kau mahukan itu enggan menerima kau, dia pasti akan lakukan apa sahaja untuk pergi dari kau.

Kisah DW

Jika dahulu kau pergi,
aku dapat rasa yang kau akan kembali.

Tapi jika sekarang kau pergi,
aku rasa kau takkan datang kembali ke sisi ku lagi.

Kisah DV

Jika kata-kata berbentuk pepejal, sudah lama aku kumpul balik semua kata-kata kau dan sumbat ke dalam mulut kau. Harap kau akan tercekik sehingga biru muka kau. Baru kau tahu tinggi rendahnya langit yang kau mimpikan dan bumi yang kau jijak.

Kisah DT

Maaf dan Ampun di pinta

Jika ada yang terasa hati ketika bergurau sesama sendiri,
Jika ada terbuat sesuatu yang kalian tidak gemari,
Jika ada terlanjur kata ketika berbual - bicara,
Jika ada teguran yang tidak dapat di terima,
Jika ada janji yang masih tidak di kota,
Jika ada hutang yang tidak berbayar,
Jika ada terkasar langkah ketika bersama,
Jika ada masa yang tidak dapat di tepati

Selamat Hari Raya
Maaf dan Terima Kasih buat segalanya …

Kisah DS

Kiranya ini kali ke-berapa kita berduka?
Kiranya ini kali ke-berapa kita tidak ceria?
Kiranya ini kali ke-berapa kita tidak gembira?
Kiranya ini kali ke-berapa kita bersedih?

Mengapa kita tidak seperti dulu lagi?
Adakah angin riang telah di bawa pergi?

Apakah kita akan berpisah?
Seperti kita tidak kenal di antara satu sama lain?

Aku mahu kamu. Aku mahu kamu. Aku mahu kamu!

Itulah dia jeritan batinku yang aku harap kau dengari sekarang ini …